Pusat Perkembangan Kurikulum

28 Disember 2011

Jenis-jenis Kata


Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata kata dasar.  Imbuhan terdiri daripada kata nama, kata kerja dan sebagainya. Contoh kata terbitan ialah kajian, pemandangan, gemilang, bersatu, menangis, mempersoalkan, kemenangan dan pemenang.

Kata Majmuk
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja berpisah.
Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.  Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebagahian kata dasar atau digandakankan sedara berima. Pengulangan seluruh kata dasar disebut penggandaan penuh, pengulangan sebahagian kata dasar disebut penggandaan separa manakala pengulangan kata dasar yang berirama disebut penggandaan berentak.
Bentuk-bentuk kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, tidak boleh ditukar ganti penggunaannya dalam sesutau struktur ayat.  Terdapat tiga proses pembentukan kata yang utama dalam bahasa Melayu.  Proses –proses yang dimaksudkan itu ialah proses pengimbuhan, proses pemajmukan dan proses penggandaan

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah