Pusat Perkembangan Kurikulum

01 Januari 2012

Jenis-Jenis Ayat


Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat ini diujarkan dengan maksud membuat penyataan.  Oleh itu, ayat ini biasanya diujarkan dengan intonansi yang sedarhana dan diakhiri dengan nada penutup turun.  Ayat ini juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.  Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Subjek ialah unsur yang hadir pada bahagian awal ayat manakala predikat pula ialah unsur yang hadir selepas subjek . Struktur bentuk ayat penyata boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk
Contoh Ayat
1. Mereka mengadakan majlis pelancaran dan penutupan.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu perkara atau benda. Intonansi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menaik.   Namun ada juga dalam kalangan penutur yang mengujarkan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan untuk menanykan soalan atau mendapatkan respon daripada pendengar.  Dalam bahasa tulisan , ayat digambarkan melalui penggunaan tanda tanya pada akhir ayat.
Contoh Ayat
1. Semua pelajar ada di dalam kelas?
Ayat Perintah
Ayat perintah diucapkan untuk memberi tujuan untuk memberi arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan.  Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan (perintah) yang digunakan.
Contoh ayat
► Siapkan kerja itu segera. ( suruhan)
►jangan berludah di sini. (larangan )
►Sila buat lapotan di balai polis. (silaan)
►Tolong tutup pintu itu. ( permintaan)
Ayat Seruan
Ayat  seruan diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan, seperti marah, takut, geram, takjub, dan sebagainya.  Biasanya , dalam tulisan, ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!).
Contoh ayat
► Oh, Tuhanku!
► Amboi, garangnya!
► Cis, berani kamu mengganggu dia!

RAGAM AYAT
Satu lagi perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat.
Ayat aktif
Ayat aktif adalah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya di awal ayat dan kata kerjanya pula memakai imbuhan-imbuhan yang menunjukkan kata kerja aktif seperti “me-“,’ber-“, “ ter-“, “-kan”, dan lain-lain. Dalam ayat –ayat aktif jelas dapat dilihat subjek melakukan sesuatu perbuatan.
Contoh:        
-       Adik menangis.
-       Guru mengajar.
-       Ibu saya sedang menyanyi.
Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu
i. Aktif transitif . Ayat aktif transitif adalah ayat transitif yang mempunyai pemyambut atau objek.
Contoh:
-       Kumbang penyeri bunga.
-       Emak membeli sayur.
-       Malaysia mengeksport kayu balak ke luar negeri.
“bunga”,  “sayur” dan “ kayu balak” adalah penyambut bagi ayat-ayat di atas. Pemyambut atau objek seperti ini dinamakan penyambut atau objek langsung.
Selain itu, ayat aktif transitif boleh juga terdiri daripada ayat yang mempunyai penyambut tak lansung.
Contoh:
-       Saya membeli baju untuk bapa.
-       Dia membuat kopi untuk ayahnya.
-       Tharmizi melukis potret untuk gurunya.
“bapa”, “ayahnya” dan “gurunya” adalah penyambut tak lansung bagi ayat-ayat di atas.  Penyambut tak langsung adalah penyambut yang menerima faedah dari perbuatan yang dilakukan oleh subjek.
ii. Ayat aktif tak transitif.  Ayat aktif tak transitif adalah ayat-ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak memerlukan penyambut.  Sebagaimana ayat aktif transitif, ayat aktif tak transitif boleh memakai imbuhan –imbuhan “me-“, “ber-“,”ter-“ dan sebagainya.
Contoh :
-       Abang bercukur setiap hari.
-       Dia jatuh ke dalam longkang semasa bermain.
-       Mereka mandi sambil berenang di sungai itu.
Ayat pasif
Ayat pasif adalah ayat-ayat yang kata kerjanya memakai imbuhan pasif seperti “di-“, “ke-an” dan ‘ter”. Ayat pasif biasanya meletakkan objek di awal ayat, diikuti oleh perbuatan dan diakhiri oleh subjek.  Biasanya perkataan “oleh” digunakan selepas perbuatan.
Contoh:
-       Ikan dimakan kucing.
-       Adik digigit anjing.
-       Penonton terpikat oleh pertunjukan itu.
Adakalanya kata kerja dalam ayat-ayat pasif kadang-kadang tidak memakai imbuhan tetapi objeknya masih diletakkan di awal ayat.
Contoh;
-       Ikan kucing makan.
-       Baju ibu basuh.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat pasif yang pelakunya tidak disebutkan.
Contoh:
-       Baju sudah berjahit.
-       Pintu telah terbuka.
-       Pencuri telah tertangkap.
Ayat positif atau ayat isbat adalah ayat yang mengandungi maksud “ya “ dan biasanya ayat ini memakai kata-kata penegas seperti “benar”, “ya”, “sungguh”, “betul” dan sebagainya dan juga partikel “-lah”.
Contoh:
-       Ya, saya yang menulis buku itu.
-       Benar, ayah yang melarang saya.
-       Dialah yang mengirim surat itu.
Ayat negetif atau ayat nafi adalah ayat yang berupa kebalikan ( tranfomasi) dari ayat positif.  Ayat ini mengandungi maksud “menafikan atau menidakkan sesuatu” dan biasanya menggunakan kata-kata nafi seperti “bukan” dan “tidak”.
Contoh:
-       Bukan saya yang menulis buku itu.
-       Bukan ayah yang melarang saya.
-       Bukan dia yang mengirim surat itu.
Klausa
Klausa merupakan unsur terbesar di dalam ayat dan ianya mempunyai subjek dan predikat.  Istilah tradisional bagi klausa adalah ayat besar dan ayat kecil ( klausa bebas bagi ayat besar sementara klausa tak bebas bagi ayat kecil). Dalam ayat “ Adik dilarang bermain di kolam kerana ditakuti jatuh”, terdapat dua klausa iaitu “ Adik dilarang bermain di kolam”,dan “ kerana ditakuti jatuh”,.  Di dalam kedua-dua klausa itu terdapat subjek dan predikat.  Di dalam klausa “ Adik dilarang bermain di kolam”, subjeknya ialah “adik” dan predikatnya ialah “dilarang bermain di kolam” sementara di dalam klausa” kerana ditakuti jatuh”, subjeknya ialah “adik” ( tetapi di dalam ayat seperti ini, subjeknya tidak diulang), predikatnya pula ialah “ditakuti jatuh”.
Klausa terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.  Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan tarafnya sama dengan ayat.  Kalau ia berdiri sendiri ( bukan merupakan  sebahagian dari ayat) maka ia disebut ayat sempurna.
Contoh Klausa bebas
1.    Dia tidak dapat menjawab soalan dengan baik kerana tidak bersedia.
2.    Kami bekerja siang malam untuk menambahkan pendapatan.

Klausa Tak bebas pula adalah klausa yang tidak boleh berdiri dengan sendiri kerana ia merupakan ayat yang amat erat hubungannya dengan klausa bebas.  Tugasnya adalah sebagai penerang kepada klausa bebas.
Contoh Ayat
1.    Ayah membeli kuih untuk berbuka puasa.
2.    Saya memberi wang kepadanya sebagai hadiah hari jadi.
Jenis –jenis klausa pula terdiri daripada klausa Namaan,klausa sifatan dan  klausa keterangan.
i.              Klausa Namaan ialah klausa yang boleh berfungsi sebagai nama di dalam ayat.
Contoh:
a.    Saya tidak pasti apakah nama binatang itu?
b.    Ibu menjahit baju sekolah adik?

ii.            Klausa Sifatan  pula ialah klausa yang berperanan sebagai keterangan kepada subjek dan predikat.
 Contoh
a.    Dia orang yang paling agung pada zaman ini.
b.    Anak guru besar sekolah saya, amat cerdik dan rajin

iii.           Klausa Keterangan merupakan klausa yang menerangkan tentang subjek atau predikat. Ia dapat dipecahkan kepada
a.    Keterangan waktu
Contoh : Dia menangis sejak pagi tadi.
b.    Keterangan Tempat
Contoh : Ibu menyimpan wang di dalam laci.
c.    Keterangan Syarat
Contoh: Kami akan mencalonkannya sebagai ketua kami kalau tidak ada calon lain yang layak.
d.    Keterangan Sebab
Contoh : Dia mengerang kerana kesakitan
e.    Keterangan Kesungguhan
Contoh : Mereka ketawa juga walaupun telah dimarahi oleh guru.
f.     Keterangan Asal
Contoh : Mereka membuat roti dari tepung beras.
g.    Keterangan Perbandingan
Contoh : Rumah yang baharu itu sebesar dan seindah istana raja.
h.    Keterangan Tujuan
Contoh : Dia tidak berminat langsung untuk melanjutkan pelajarannya.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah