Pusat Perkembangan Kurikulum

10 April 2013

Pengenalan RIMUP



Latar Belakang
   Kementerian Pelajar Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya hanya dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.
   Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka..Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum oleh kaum yang lain.
  Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan peluang kepada pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang.Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Semua aktiviti dirancang untuk mewujudkan integrasi dan perpaduan antara murid pelbagai kaum oleh semua pihak yang terlibat.
  Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa usaha yang gigih hendaklah dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.
Konsep 
   RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan –kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
Matlamat
    Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Objektif Rancangan
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu :-

  1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong –menolong dan mewujudkan susasana muhibah secara sedar dan terancang.
  3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. 
  4. Berkongsi kemudahan , peralatan , tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama

Kegiatan Khas
Program RIMUP dilaksanakan melalui kegiatan khas seperti yang berikut:

  1. Kecemerlangan Akedemik
  2. Sukan dan Permainan
  3. Perayaan dan Perhimpunan
  4. Perkhemahan dan Lawatan
  5. Khidmat Masyarakat.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah