Pusat Perkembangan Kurikulum

19 Julai 2011

Perkhemahan Unit Beruniform

Tarikh 29 dan 30 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Kawasan Sekolah




Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform  sekolah kebangsaan St Joseph(M) Papar.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan masyarakat sejajar dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Latar Belakang

        Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
         
        Pada tahun 2011, dijangkakan sejumlah 147 orang peserta akan menyertai Perkhemahan  Unit Beruniform yang terdiri daripada murid-murid Tahun Empat, Lima dan Enam.

Objektif

1.    Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
2.    Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli  tentang  aspek perkhemahan secara menyeluruh.
3.    Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
4.    Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah