Pusat Perkembangan Kurikulum

12 Julai 2012

Pertandingan Karaoke Kadazan Dusun 2012

Bersama pemenang Karaoke Kadazan Dusun 2012



Adik Terence (menang tempat ketiga) menerima hadiah


Pn Roslin menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah

Pn Marina menyampaikan hadiah kepada pemenang

Pertandingan Karaoke Kadazandusun 2012

Barisan Pendaftaran Peserta Pn Farnah, Pn Mazanah dan Pn Bibiana
Barisan Guru Sk St Joseph dari kiri Pn Bibiana, Pn Aini Marjan, Pn Suina dan En Ahmad Hijazi

Pn Roslin Sampai bersama Juruteknik En Jefri Koroh
Pn Marina Anjuman (dua dari kiri) bersama Pn Sabella Alexius (GB St Mary) dan En Bernard L Daim (GB Sk Tampasak)

Dari kanan Pn Lasminah Hj Lamin bersama para guru dan ibu bapa yang hadir
Ust Ali Rahman (tengah) bersama Pn Mazanah
Kumpulan Orkestra Suziemusic turut membuat persembahan

Pertandingan Karaoke Kadazan Dusun

Tarikh 12 Julai 2012 ( Khamis)
Pukul 08.00 pagi
Dewan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Papar
Dirasmikan oleh Puan Marina Anjuman Penyelia Pelajaran, Pejabat Daerah Papar
Kategori Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Papar





Adik Jourine (tempat ketiga) wakil SK St Joseph Papar


10 Julai 2012

Ancaman dalaman dan ancaman luaran


Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang berbentuk dalaman mahupun yang berbentuk luaran.

Ancaman dalaman
Ancaman  dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman ekonomi juga perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang lalu. Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara.
Konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan negara. Di pentas antarabangsa, sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak dikendalikan dengan baik boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil seperti Malaysia.
Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau seperti Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di negara ini pada tahap serius kerana kumpulan itu bukan berjuang untuk menegakkan Islam, sebaliknya berusaha meruntuhkan negara Islam. Kegiatan kumpulan itu tidak boleh dibiarkan dan kerajaan perlu membendungnya sebelum mereka berjaya menarik sokongan dan mempengaruhi orang lain kerana di negara ini kalau disebut berjuang untuk Islam, ramai tidak mempersoalkannya. Sekiranya ada kerajaan negara Islam yang cuba membangunkan negara Islam, mereka akan menuduh negara itu sekular kerana bagi mereka, negara Islam adalah seperti di Afghanistan dan cara Taliban yang suka berperang, membunuh dan menganiayai wanita.
Selain itu Jemaah Islamiah (JI) pula telah ditubuhkan oleh Abu Bakar Basyir di Indonesia sekitar tahun 1969 yang cuba menghidupkan kembali operasi pergerakan untuk membina Negara Islam oleh Kartosuwiryo pada tahun 1949 setelah Kartosuwirjo ditangkap pada tahun 1962 oleh pemerintah Indonesia dan seterusnya dijatuhkan dengan hukuman mati. JI dikatakan telah bermula di Malaysia pada tahun 1982 apabila Abu Bakar basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia. Berpandukan kepada kaitan di antara KMM dengan JI maka ia dipercayai mempunyai kaitan termasuklah tindakan militan yang dirancang bersama. (Wikipedia, April 20, 2010).  Ancaman dalaman yang dilakukan oleh KMM dan JI ini dikaitkan dengan penglibatan kedua-dua kumpulan ini yang merancang untuk menggunakan kekerasan dan keganasan serta dikaitkan dengan pelbagai strategi persenjataan yang menggugat kestabilan, keharmonian dan keamanan negara.
Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam khususnya yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Hal ini merupakan ancaman dalaman yang harus ditangani bagi menempuh cabaran generasi akan datang. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar.  
Selain itu, ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan.  Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya.  Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun.  Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah.  Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat.  Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti. 
Ancaman luaran
Ancaman luaran menjelang abad ke-21, apabila negara Malaysia dan umat Islam khususnya berhadapan dengan tiga gelombang besar iaitu globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy).  Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baharu (“New World Order”) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa.  Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia  di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global  memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. 
Selain itu, banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan negara kita. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur.  Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya.  Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Pada waktu itu juga identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.
Begitu juga ancaman luaran yang datangnya dari aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.  Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Di era globalisasi ini, kita lihat generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat sebagai role model dan menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan tanpa mengambil kira budaya sesebuah negara. Sehingga sekarang, sebahagian daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia.
Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.
Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol.  Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu.  Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.
Jelasnya , rakyat Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan hubungan kebudayaan dengan negara asing.
           

Senamrobik 1Murid 1Sukan

10 Julai 2012 Selasa
08.00 pagi
Padang Pekan Papar








07 Julai 2012

Program 2012


TARIKH
PROGRAM / AKTIVITI

Januari






Februari




Mac



April



Mei






Mei

Jun



Jun

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panitia
Pengerusi              - Encik Bakri Hj.Taba
Pen.Pengerusi - En.Alias Norbi
Setiausaha           -  Pn Norlailah Kamijan
AJK                        -   En.Ali Rahman Yussof
-      Pn Suzie Simon

Kuiz Kesihatan
Pengerusi              - En.Bakri Hj.Taba
Setiausaha           - En.Alias Norbi
AJK Kerja             - Guru PJK

Ujian Kecergasan
Tahap I ( Tahun 3 )
Tahap 2 ( Tahun 4 , 5 & 6 )

In-house Training ( Pend. Kesihatan )
Minggu Anti Penyalahgunaan Dadah


Ujian Pendidikan Jasmani & Kesihatan Penggal 1
Ujian Bertulis       40 markah
Ujian Kecergasan               20 markah
Folio                                      20 markah
Pemerhatian        20 markah

Bengkel Penyediaan Kertas Peperiksaan

Latihan Asas  - Permainan
Bola Sepak
Bola Baling

In- house Training

Julai




Ogos





Ogos


September





Oktober






Oktober

November

November
Mesyuarat AJK Panitia PJK
Agenda
Penetapan Tarikh Pelaksanaan Aktiviti
Penggubalan Soalan Penggal 2

Kuiz Pendidikan Jasmani
Pengerusi              - En.Bakri Hj.Taba
Setiausaha           - En.Alias Norbi
AJK Kerja             - Guru PJK
-      Guru PK

Larian Merdeka
31 Ogos ( Hari Kebangsaan )

Karnival Sukan & Permainan
Bola Sepak
Bola Baling
Bola Jaring


Ujian Pendidikan Jasmani & Kesihatan Penggal 2
Ujian Bertulis                      40 markah
Ujian Kecergasan               20 markah
Folio                                                      20 markah
Pemerhatian                        20 markah

Bengkel Pembinaan Kertas Peperiksaan

‘Post-mortem’ Kertas Soalan PJK

Mesyuarat AJK Panitia
Penyusunan program / aktiviti 2013


Lokasi Sekolah