Pusat Perkembangan Kurikulum

26 Disember 2012

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Murid Baharu ( berpindah)

Ibu bapa perlu membawa borang permohonan tersebut ke sekolah yang dipohon bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen Asal dan Salinan seperti :-
1. Sijil Lahir / Sijil Angkat Asal
2. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)
3. Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4. Sijil Nikah / Sijil Cerai
5. Borang SMM yang telah lengkap diisi
6. Gambar berukuran passport 4 keping 

24 Disember 2012

Perumpamaan Melayu


Perumpamaan
Makna
Contoh ayat
Bagai air titik ke batu
Nasihat dan ajaran akan menjadi sia-sia jika deberikan kepada orang yang degil
Ayah sering menasihati Amran supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Namun nasihat ayah itu bagai air titik ke batu kerana dia seorang yang degil.

Bagai anjing buruk kepala
Seseorang yang jahat dan dibenci oleh masyarakat.
Kassim dianggap bagai anjing buruk kepala oleh penduduk kampung kerana dia merupakan beklas penagih dadah.

Bagai aur dengan tebing
Hidup tolong-menolong
Penduduk di Taman Sepakat bagai aur dengan tebing. Mereka bergotong royong ketika mengadakan majlis perkahwinan.

Bagai ayam dibawa ke kepuk
Mendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu berusaha.
Dalam majlis cabutan bertuah itu, Zaki bagai ayam dibawa ke kepuk kerana mendapat sebuah kereta.

Bagai ayam dimakan tungau
Wajah yang pucat dan badan yang kurus kerana mengidap penyakit.
Sejak menghidap penyakit batuk kering itu, tubuh Rozana bagai ayam dimakan tungau.
Bagai ayam disambar helang
Seseorang yang hilang atau mati dengan tiba-tiba
Kematian Hafis yang bagai ayam disambar helang menyebabkan raka-rakannya terkejut.

Bagai ayam mengeram telur
Muka menjadi kemerah-merahan
Wajah Rosnah kemerah-merahan bagai ayam mengeram telur apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.

Bagai balak terendam
Orang gemuk yang malas bergerak
Amin yang berbadan gemuk itu bagai balak terendam. Dia sering menghabiskan masa dengan menonton televisyen.

Bagai beliung dengan asahan
Tidak pernah berpisah
Pak Kudin dan isterinya bagai beliung dengan asahan. Mereka sentiasa bersama-sama walau ke mana-mana mereka pergi.

Bagai bertepuk sebelah tangan
Kasih dan cinta yang tidak berbalas
Norihan berasa amat kecewa kerana cintanya terhadap Zakiah bagai bertepuk sebelah tangan.

Bagai berumah di tepi tebing
Berada dalam keadaan bimbang
Pendatang asing yang datang ke Malaysia tanmpa permit yang sah bagai berumah di tepi tebing apabila melihat anggota polis.

Bagai bulan dipagar bintang
Kecantikan gadis yang tiada tandingannya.
Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang, tambahan pula apabila dia memakai baju kurung.

Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat keuntungan yang besar
Wahid mendapat keuntungan yang besar hasil jualan ikan-ikan ternakannya, bak kata pepatah bagai bulan jatuh ke riba.

Bagai buluh ditarikh songsang
Sesuatu pekerjaan akan menjadi susah jika tidak mengikut peraturan.
“longgarkan dan buka skru dahulu, kemudian barulah tanggalkan tayar kereta ini. Jangan bagai buluh ditarik songsang,”kata Abang Mat kepada pekerja baharunya.

Bagai bunyi perian pecah
Suara yang tidak merdu
Suria gagal memenangi pertandingan nyanyian itu kerana suaranya bagai bunyi perian pecah.

Bagai cendawan tumbuh
Terlalu banyak pada sesuatu masa
Banyak gerai kuih ke tepi jalan apabila tiba bulan Ramadan bagai cendawan tumbuh.

Bagai cicak makan kapur
Seseorang yang mendapat malu kerana kesalahan sendiri.
Pemain bola sepak itu bagai cicak makan kapur apabila dia digugurkan daripada senarai pemain kerana menerima rasuah.

Bagai dakwat dengan kertas.
Perhubungan yang sangat rapat.
Hubungan Azhan dengan Mamat bagai dakwat dengan kertas. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa bersama.
Bagai denai gajah  lalu
Perkara atau rahsia yang tidak dapat disembunyikan
Berita penangkapan Pak Nasir yang terlibat dengan penyeludupan rokok itu telah tersebar luas di seluruh negara. Usahanya menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan penduduk gagal, bagai denai gajah lalu.

21 Disember 2012

Kesilapan yang lampau


Kita masih boleh mengubahnya

Harapkan pagar, pagar makan padi sepatutnya harapkan pegar, pegar makan padi.
هرڤکن ڤݢر , ڤݢر ماکن ڤادي 


Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam

Sesi Persekolahan 2013

Sesi Persekolahan akan bermula pada  hari Rabu 02 Januari 2012


15 Disember 2012

Sejarah Kamus Dewan


Kamus  Dewan  ialah   sebuah kamus ekabahasa yang   telah   diterbitkan oleh Dewan  Bahasa   dan   Pustaka pada  tahun  1970.Ini     adalah  merupakan  kamus ekabahasa yang  pertama disusun semenjak Dewan Bahasa  dan  Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956.  Kamus  yang  mempunyai 28,000 perkataan ini telah  diulangcetak sebanyak dua  kali  iaitu  pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata  masukan (entri)  dan  cetakan ketiga  pada tahun 1986.   Kamus  ini pada asalnya disusun oleh Dr.  Teuku   Iskandar  dan   dibantu  oleh   Baharuddin  Zainal   serta   para   pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa  dan  Pustaka.  Manakala dalam cetakan kedua penyediaan  manuskripnya  telah   dibuat  oleh   Sheikh   Othman  Sheikh   Salim  dan Aishah Mahdi.


Pada   tahun  1989  Dewan  Bahasa   dan   Pustaka  telah   menerbitkan  Kamus Dewan Edisi  Baru  yang  mana  penyediaan manuskripnya sekali  lagi  diketuai oleh Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor  dan  dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani  dan  Ibrahim Ahmad sebagai Editor.   Kamus Dewan Edisi Baru telah  diterbitkan dengan beberapa perubahan iaitu  penambahan kira-kira 2,000 kata  masukan yang hampir kesemuanya merupakan kata  umum, pembaikan dari  segi  pengolahannya dan  pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata  masukan kata  dasar, kata terbitan atau  rangkai kata.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula  diterbitkan pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan  2,028 kata turunan atau kata  terbitan.  Semua  kata  tersebut berupa kata  dan  ungkapan baru  (baik  yang  asli Melayu mahupun  yang  dipinjam), kata-kata dialek,  termasuk bahasa sukuan dari Sabah  dan  Sarawak, istilah  umum dalam pelbagai bidang ilmu  seperti kewangan, ekologi,  perubatan serta  kata  slanga.  Penyusunan Kamus   Dewan Edisi  Ketiga  ini telah  diketuai oleh  Hajah  Noresah bt  Baharom sebagai Ketua  Editor  dan  dibantu oleh  para  editor yang  terdiri daripada Rusli  Abdul Ghani,  Mohd  Nor  Abd.  Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah  Tajuddin Salmah  Jabbar,  Mariam bt Mahmud, Diarani Mat Adam dan  Rahamah Othman.

Lokasi Sekolah