Pusat Perkembangan Kurikulum

28 Mac 2013

Bengkel Panitia Mata Pelajaran

21 Mac 2013 (Khamis ) - Bengkel Pantia Mata Pelajaran di sampaikan oleh Puan Roslin binti Sampai




Guru dan Staff 2013

Pentadbiran 2013











23 Mac 2013

Program Anak Angkat Tahun Enam

22 Mac 2013 (Jumaat) - Majlis Penyerahan Anak Angkat Tahun Enam 2013
Roznelly bersama Puan Bibiana C Pakang

Briana bersama Puan Ardiah Arif

Norlaila bersama Puan Darmata Hj Matlan

Siti Nur Ain bersama Puan Nur Iffah Diyana Abdullah

Tabung Wira Lahad Datu

22 Mac 2013 (Jumaat) - Majlis sumbangan ikhlas untuk Wira Lahad Datu
Murid-murid menderma untuk Tabung Wira Lahad Datu



Program Sekolah Penyayang

22 Mac 2013(Jumaat)  - Majlis meraikan hari jadi guru dan murid bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2013
Puan Christina dan Encik A Hijazi antara guru yang diraikan pada bulan Februari

Guru-guru yang diraikan
( Puan Masliah, Puan Ardiah, Puan Roslin, Puan Siti Ainon, Puan Mazanah,
Encik Alias, Encik A Hijazi dan Puan Christina)


Antara murid-murid yang diraikan

Kek yang disumbangkan oleh guru-guru dan murid

15 Mac 2013

PERMAINAN RAKYAT



 Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.

PERMAINAN GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.
Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
         i.            Permainan untuk bersuka ria
       ii.            Pertandingan gasing
      iii.            Permainan untuk pertunjukkan.
  PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.
Permainan congkak

PERMAINAN CONGKAK
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.
Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

14 Mac 2013

Pertandingan Bola Sepak 12 Tahun

11-13 Mac 2013
Padang SK Pantai Manis Papar
Majlis Penyampaian Jersi oleh Encik Mohammat (Permai Polyclinic Papar) kepada Puan Christina (Guru Besar)

Barisan Pasukan St Joseph B


SK St Joseph B bersama Pasukan SK Beringgis

Majlis Perasmian oleh YB Datuk Rosnah Abd Shirlin Ahli Parlimen P175 Papar

Pasukan SK St Joseph A bersama Pasukan SK Kambizaan

Rakaman Pasukan SK St Joseph B ( Oren) bersama Pasukan St Joseph A ( hitam putih)

Pertemuan St Joseph B dan Sk Pengalat Kecil

10 Mac 2013

Bengkel UPSR I

09/03/2013


Encik Ramual Mintol menyampaikan teknik menjawab soalan Matematik

Puan Bibiana C Pakang - Bahasa Inggeris


08 Mac 2013

Bola Sepak 2013

Pemain Pasukan Sekolah
Pengurus dan Jurulatih
- Bakri Haji Taba
- A Hijazi Hj Kassim
- Ali Rahman Yusof
- Mohd Radhwan Ibrahim


Watikah Pelantikan Pengawas

04 Mac 2013
Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
Muhammad Radzy Akhly (Ketua Pengawas)

Puan Christina D Kari (Guru Besar) sedang menyampaikan watikah pelantikan

Pengawas Pusat Sumber turut menerima watikah pelantikan

Menandatangani Watikah Pelantikan



Lokasi Sekolah