Pusat Perkembangan Kurikulum

Bahasa Melayu

Karangan Ucapan


UCAPAN   PELAJAR CEMERLANG

Assalamualaikum,

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Jaafar, guru -guru dan rakan - rakan sekalian.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana sanggup memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.

Rakan-rakan sekalian, Saya berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuas a pemilihan kerana memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Darau pada tahun ini.

Guru-guru sekalian,

Terima kasih juga saya ucapkan  kepada guru -guru kerana telah mengajar dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR dan di pilih  pu la sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya kejayaan saya ini bukanlah hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru saya berjaya.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga mencapai kejayaan seperti hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Tidak lupa juga kepada rakan -rakan kerana selalu bekerja sama membantu dalam pelajaran dan bertukar pendapat.

Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya adik -adik berjaya dan belajarlah bersungguh - sungguh dan janganlah berputus asa.

Sekian, terima kasih.




UCAPAN TAHNIAH

Salam sejahtera

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru -guru, yang diraikan Nor Azlina Binti Ahmad dan rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang untuk saya berucap di majlis yang mulia ini.

Rakan-rakan sekalian,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dimiliki oleh beliau. S aya berharap agar beliau bersyukur atas kejayaan ini.

Hadirin sekalian,

Kita semua ingin mengetahui bagaimanakah caranya beliau membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Saya berharap dengan cara yang akan beliau berikan nanti, rakan -rakan akan meraih kejayaan yang cemerlang seperti beliau.

Selama ini beliau berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai kejayaan seperti hari ini. Hari ini beliau telah mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan berkat doa beliau sendiri berserta ibu bapanya.

Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada beliau. Teruskan usaha anda dan capailah kejayaan yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah