Kesantunan guru bermaksud
tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan
merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat
yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk
kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh
guru itu terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas,
kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan
perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan
pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam
profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
i.
Kesantunan berpakaian
ii.
Kesantunan tingkah laku
iii.
Kesantunan berbahasa
Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara
perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada
jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah
berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam
Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh
berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang
berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence),
menampakkan bahagian badan, blause yang
terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk
tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi
tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke
sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang
yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan
di tempat umum dan sebagainya.
Semua situasi yang dinyatakan di atas
memerlukan tingkah laku yang berbeza. Sebagai contohnya pada waktu makan
bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil
makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan
mulut setelah makan dan cara memakai tusuk gigi .
Cara berbahasa amat penting dikuasai
oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa
seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi
tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.
Kesantunan berbahasa tercermin dalam
cara berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika
berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya
sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus
disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan
atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin
akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak
beradat, bahkan tidak berbudaya.
Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai
oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:-
i.
Apa yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan
keadaan tertentu.
ii.
Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi
tertentu.
iii. Bila
dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
iv. Bagaimana
mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
v.
Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi
vi. Bila
seharusnya diam dan menamatkan perbualan.
Cara berbahasa seseorang guru
dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu.
Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang
meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan kebudayaan yang
menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh
itu seorang guru seharusnya mengetahui dan memahami norma-norma bahasa
sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini amat
penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan
kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata,
senyuman manis dan tulus serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek
kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji
akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang dimaksudkan tersebut. Guru
seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa
dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun
murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru juga menjadi tauladan bagi
murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.
Kesantunan berbahasa menjadi pemangkin
kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah;
i.
Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup
berjuang.
ii.
Bersyukur dan berterima kasih.
iii. Berani,
tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
iv. Menghargai
dan menghormati pihak lain.
v.
Menggunakan kata-kata yang baik.
vi. Peramah,
pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri .
Kesimpulannya kesantunan bukanlah
sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri
seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap
guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah
laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan