Pusat Perkembangan Kurikulum

15 Disember 2012

Sejarah Kamus Dewan


Kamus  Dewan  ialah   sebuah kamus ekabahasa yang   telah   diterbitkan oleh Dewan  Bahasa   dan   Pustaka pada  tahun  1970.Ini     adalah  merupakan  kamus ekabahasa yang  pertama disusun semenjak Dewan Bahasa  dan  Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956.  Kamus  yang  mempunyai 28,000 perkataan ini telah  diulangcetak sebanyak dua  kali  iaitu  pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata  masukan (entri)  dan  cetakan ketiga  pada tahun 1986.   Kamus  ini pada asalnya disusun oleh Dr.  Teuku   Iskandar  dan   dibantu  oleh   Baharuddin  Zainal   serta   para   pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa  dan  Pustaka.  Manakala dalam cetakan kedua penyediaan  manuskripnya  telah   dibuat  oleh   Sheikh   Othman  Sheikh   Salim  dan Aishah Mahdi.


Pada   tahun  1989  Dewan  Bahasa   dan   Pustaka  telah   menerbitkan  Kamus Dewan Edisi  Baru  yang  mana  penyediaan manuskripnya sekali  lagi  diketuai oleh Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor  dan  dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani  dan  Ibrahim Ahmad sebagai Editor.   Kamus Dewan Edisi Baru telah  diterbitkan dengan beberapa perubahan iaitu  penambahan kira-kira 2,000 kata  masukan yang hampir kesemuanya merupakan kata  umum, pembaikan dari  segi  pengolahannya dan  pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata  masukan kata  dasar, kata terbitan atau  rangkai kata.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula  diterbitkan pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan  2,028 kata turunan atau kata  terbitan.  Semua  kata  tersebut berupa kata  dan  ungkapan baru  (baik  yang  asli Melayu mahupun  yang  dipinjam), kata-kata dialek,  termasuk bahasa sukuan dari Sabah  dan  Sarawak, istilah  umum dalam pelbagai bidang ilmu  seperti kewangan, ekologi,  perubatan serta  kata  slanga.  Penyusunan Kamus   Dewan Edisi  Ketiga  ini telah  diketuai oleh  Hajah  Noresah bt  Baharom sebagai Ketua  Editor  dan  dibantu oleh  para  editor yang  terdiri daripada Rusli  Abdul Ghani,  Mohd  Nor  Abd.  Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah  Tajuddin Salmah  Jabbar,  Mariam bt Mahmud, Diarani Mat Adam dan  Rahamah Othman.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah