Pusat Perkembangan Kurikulum

25 September 2011

Kepentingan Perancangan Strategik Di Sekolah


Konsep strategik dibawa semula ke dunia pendidikan khasnya di sekolah dengan harapan ia mampu meletakkan sekolah ke mercu sekolah yang berkesan. Penggubalan strategi mestilah sesuai dengan ciri-ciri dan faktor-faktor sekolah berkesan. Konsep utama kejayaan melibatkan formulasi, implementasi, penilaian serta penambahbaikan. Persiapan awal ialah dengan mengenalpasti usaha-usaha bagi mencapai matlamat sekolah. Tawaran baru New Deals meletakkan syarat kepada sekolah supaya mempunyai perancangan strategik sebagai penentu kejayaan dan seterusnya memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat dan Negara. Sekolah yang mempunyai perancangan strategik yang terancang sentiasa mencapai taraf yang lebih tinggi dan mampu merealisasikan impian sebagai “SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI”.

Edaris Abbu Bakri (2004) menganggap perancangan strategik dalam pengurusan sekolah berdasarkan beberapa faktor, antaranya ialah :

i) Perancangan strategik sebagai satu alat untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan pada persekitaran masa depan secara sistematik dan strategik. Oleh itu, perancangan strategik berupaya menjadikan seorang pemimpin yang cemerlang dan segala uruan di sekolah dilakukan dengan betul.
ii) Mampu menjadikan sekolah yang mempunyai pengurusan yang baik dan terancang rapi dari aspek dalaman ataupun persekitaran.
iii) Perancangan strategik menjadikan pihak pengurusan sekolah lebih proaktif iaitu bertindak mengubah dan menguasai situasi baru dan membuat strategi tentang masa depan sekolah.
iv) Menyediakan peluang penglibatan warga sekolah serta cekap dalam pengurusan masa,tekanan,tentangan serta konflik terhadap sebarang perubahan.
v)  Membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan,memotivasikan staf serta menjalinkan rasa kemesraan antara staff.
vi) Mengelak daripada berlaku pertindihan tugas dan kuasa yang lebih menjejaskan sistem organisasi.
vii) Menjadi sebahagian daripada sistem kawalan untuk menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya.
viii) Melahirkan pengurus yang berwawasan dan berpandangan jauh ke hadapan,bukan hanya sebagai pengurus yang menumpukan kepada operasi jangka pendek sahaja.
ix) Perancangan strategik adalah berkaitan dengan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat hari ini adalah amat penting untuk menentukan hari esok dan masa depan seterusnya.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah