Pusat Perkembangan Kurikulum

25 September 2011

Kata Nama

Kata Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :
·         Hidup atau tak hidup
·         Manusia atau bukan manusia
·         Institusi atau bukan institusi
·         Konkrit atau abstrak
·         Berbilang atau tak berbilang

Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
  • ·         Kata nama khas hidup manusia
  • ·         Kata nama khas hidup bukan manusia
  • ·         Kata nama khas tak hidup
 Kata Kerja
Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. 

Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. 




Kata Adjektif 
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. 

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah