14-15 Julai 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH(M) PAPAR
15 Julai 2012
12 Julai 2012
Pertandingan Karaoke Kadazan Dusun 2012
Bersama pemenang Karaoke Kadazan Dusun 2012 |
Adik Terence (menang tempat ketiga) menerima hadiah |
Pn Roslin menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah |
Pn Marina menyampaikan hadiah kepada pemenang |
Pertandingan Karaoke Kadazandusun 2012
Barisan Pendaftaran Peserta Pn Farnah, Pn Mazanah dan Pn Bibiana |
Barisan Guru Sk St Joseph dari kiri Pn Bibiana, Pn Aini Marjan, Pn Suina dan En Ahmad Hijazi |
Pn Roslin Sampai bersama Juruteknik En Jefri Koroh |
Pn Marina Anjuman (dua dari kiri) bersama Pn Sabella Alexius (GB St Mary) dan En Bernard L Daim (GB Sk Tampasak) |
Dari kanan Pn Lasminah Hj Lamin bersama para guru dan ibu bapa yang hadir |
Ust Ali Rahman (tengah) bersama Pn Mazanah |
Kumpulan Orkestra Suziemusic turut membuat persembahan |
Pertandingan Karaoke Kadazan Dusun
Tarikh 12 Julai 2012 ( Khamis)
Pukul 08.00 pagi
Dewan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Papar
Dirasmikan oleh Puan Marina Anjuman Penyelia Pelajaran, Pejabat Daerah Papar
Kategori Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Papar
Pukul 08.00 pagi
Dewan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Papar
Dirasmikan oleh Puan Marina Anjuman Penyelia Pelajaran, Pejabat Daerah Papar
Kategori Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Papar
Adik Jourine (tempat ketiga) wakil SK St Joseph Papar |
10 Julai 2012
Ancaman dalaman dan ancaman luaran
Keselamatan negara boleh tergugat melalui berbagai ancaman, baik yang
berbentuk dalaman mahupun yang berbentuk luaran.
Ancaman dalaman
Ancaman
dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum
dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana
tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan
demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak
yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk
mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan
kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah
atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan
daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan
negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan
pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa
Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu
ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara
kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti
pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata
kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk
mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia
melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman ekonomi juga
perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang
lalu. Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada
negara.
Konsep baru dunia
tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan
ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan
pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang
boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan negara. Di pentas antarabangsa,
sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak dikendalikan dengan baik
boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil seperti
Malaysia.
Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau
seperti Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di
Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke
atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan
sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut
kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran
perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan
Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad pernah menyifatkan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di
negara ini pada tahap serius kerana kumpulan itu bukan berjuang untuk
menegakkan Islam, sebaliknya berusaha meruntuhkan negara Islam. Kegiatan
kumpulan itu tidak boleh dibiarkan dan kerajaan perlu membendungnya sebelum
mereka berjaya menarik sokongan dan mempengaruhi orang lain kerana di negara
ini kalau disebut berjuang untuk Islam, ramai tidak mempersoalkannya. Sekiranya
ada kerajaan negara Islam yang cuba membangunkan negara Islam, mereka akan menuduh
negara itu sekular kerana bagi mereka, negara Islam adalah seperti di Afghanistan
dan cara Taliban yang suka berperang, membunuh dan menganiayai wanita.
Selain itu
Jemaah Islamiah (JI) pula telah ditubuhkan oleh Abu Bakar Basyir di
Indonesia sekitar tahun 1969 yang cuba menghidupkan kembali operasi pergerakan
untuk membina Negara Islam oleh Kartosuwiryo pada tahun 1949 setelah
Kartosuwirjo ditangkap pada tahun 1962 oleh pemerintah Indonesia dan seterusnya
dijatuhkan dengan hukuman mati. JI dikatakan telah bermula di Malaysia pada
tahun 1982 apabila Abu Bakar basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia.
Berpandukan kepada kaitan di antara KMM dengan JI maka ia dipercayai mempunyai
kaitan termasuklah tindakan militan yang dirancang bersama. (Wikipedia, April
20, 2010). Ancaman dalaman yang
dilakukan oleh KMM dan JI ini dikaitkan dengan penglibatan kedua-dua kumpulan
ini yang merancang untuk menggunakan kekerasan dan keganasan serta dikaitkan
dengan pelbagai strategi persenjataan yang menggugat kestabilan, keharmonian
dan keamanan negara.
Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan
belia dan muda-mudi beragama Islam khususnya yang dicerminkan oleh budaya
penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap
kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak
menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa
lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin
membesar. Hal ini merupakan ancaman dalaman yang harus ditangani bagi menempuh
cabaran generasi akan datang. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan
peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan
pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat
kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan
moral yang lebih besar.
Selain itu, ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama
menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih
terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini
tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan
untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda,
kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya
mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak
bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca
daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu
amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai
menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di
tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang
rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini
sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat.
Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang
terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam
Pusat-pusat Serenti.
Ancaman luaran
Ancaman
luaran menjelang abad ke-21, apabila negara Malaysia dan umat Islam khususnya berhadapan
dengan tiga gelombang besar iaitu globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan
ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy).
Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan
kuat, dan dalam tata dunia yang baharu (“New World Order”) di bawah pimpinan
negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Ketiga-tiga gelombang itu
merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi
negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan
antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi
negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat
menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik
kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi
perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang
didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada
mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk
Malaysia.
Selain itu, banyak negara umat Islam yang baru
mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut
melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan
natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan
nilai-nilai moral yang merisaukan negara kita. Modernisasi sekular yang
digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal
rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan
sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam
atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi
menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah
tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara
dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada
waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan
tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau
aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik,
relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive
(serbaboleh). Pada waktu itu juga identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat
kita tidak akan bererti lagi.
Begitu juga ancaman luaran yang datangnya dari aliran-aliran
yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu
dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa
yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu
tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk
mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri
pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak,
media elektronik dan Internet. Di era globalisasi ini, kita lihat
generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat
sebagai role model dan menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan
tanpa mengambil kira budaya sesebuah negara. Sehingga sekarang, sebahagian
daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke dalam masyarakat
Malaysia.
Dalam kes terbaharu, reaksi
oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula
Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno
dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak
pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai
"Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan
Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak
persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta
rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada
harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti
mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan
pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki
secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.
Dalam kes ancaman
luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang
menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di
negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari
segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada
dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang
tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat
sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan
institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat
dipertahankan.
Jelasnya , rakyat
Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air
kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan
diplomatik dan hubungan kebudayaan dengan negara asing.
07 Julai 2012
Program 2012
TARIKH
|
PROGRAM
/ AKTIVITI
|
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Mei
Jun
Jun
|
Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa Panitia
Pengerusi - Encik Bakri Hj.Taba
Pen.Pengerusi
- En.Alias Norbi
Setiausaha - Pn Norlailah Kamijan
AJK - En.Ali Rahman Yussof
-
Pn Suzie Simon
Kuiz
Kesihatan
Pengerusi - En.Bakri Hj.Taba
Setiausaha - En.Alias Norbi
AJK
Kerja - Guru PJK
Ujian
Kecergasan
Tahap
I ( Tahun 3 )
Tahap
2 ( Tahun 4 , 5 & 6 )
In-house
Training ( Pend. Kesihatan )
Minggu
Anti Penyalahgunaan Dadah
Ujian
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Penggal 1
Ujian
Bertulis 40 markah
Ujian
Kecergasan 20 markah
Folio 20 markah
Pemerhatian
20 markah
Bengkel
Penyediaan Kertas Peperiksaan
Latihan
Asas - Permainan
Bola
Sepak
Bola
Baling
In-
house Training
|
Julai
Ogos
Ogos
September
Oktober
Oktober
November
November
|
Mesyuarat
AJK Panitia PJK
Agenda
Penetapan
Tarikh Pelaksanaan Aktiviti
Penggubalan
Soalan Penggal 2
Kuiz
Pendidikan Jasmani
Pengerusi - En.Bakri Hj.Taba
Setiausaha - En.Alias Norbi
AJK
Kerja - Guru PJK
-
Guru PK
Larian
Merdeka
31
Ogos ( Hari Kebangsaan )
Karnival
Sukan & Permainan
Bola
Sepak
Bola
Baling
Bola
Jaring
Ujian
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Penggal 2
Ujian
Bertulis 40 markah
Ujian
Kecergasan 20 markah
Folio 20
markah
Pemerhatian
20
markah
Bengkel
Pembinaan Kertas Peperiksaan
‘Post-mortem’
Kertas Soalan PJK
Mesyuarat
AJK Panitia
Penyusunan
program / aktiviti 2013
|
Langgan:
Catatan (Atom)