Pusat Perkembangan Kurikulum

01 April 2013

Penulisan : Latihan Bahagian A


PANDUAN MENJAWAB

LANGKAH 1

1. Lihat gambar dengan teliti.
2. Fikirkan lima kata tanya (siapa/ mana/ apa/ mengapa/ bagaimana)
2.1        siapa berkaitan dengan orang yang ada
2.2       mana berkaitan dengan tempat
2.3       apa   berkaitan dengan aktiviti yang berlaku
2.4       mengapa berkaitan dengan sebab/ penyebab sesuatu
2.5       bagaimana berkaitan dengan cara berlaku sesuatu


LANGKAH 2

Catatkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar (kata kerja).


LANGKAH 3


Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti/
situasi/ keadaan tersebut.


LANGKAH 4

Baca semula ayat-ayat tersebut. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda bacaan dan ejaan.

Tiada ulasan:


Lokasi Sekolah