Pusat Perkembangan Kurikulum

29 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Tarikh 28 April 2012
Tempat SK St Joseph Papar
Dari kiri Puan Fatimah Dalih(setiausaha), Encik Kassim Hj Wiro(YDP PIBG),dan Encik Azmi Hj Abdul Rashid Shirlin (Naib YDP PIBG)
Penyampaian Sijil kepada YDP PIBG 2011-2012
Barisan AJK PIBG 2012-2013





27 April 2012

Sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang
Kelihatan Cikgu Alias Norbi menyambut seorang murid (Jerome)

Guru Besar Puan Christina bersama guru-guru

Guru Besar mengucapkan selamat datang dan apa khabar

Puan Darmata PK Hem menyambut murid yang hadir ke sekolah

19 April 2012

BAHASA MELAYU PENULISAN- BAHAGIAN C

SOALAN 1
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah tiga hari Cikgu Adira tidak datang ke sekolah. Hati Fatihah tertanya-tanya tentang gurunya itu. Sakitkah dia ? Jika sakit, sakit apa ? Rasa ingin tahu dan rindu terhadap guru itu berbaur di hatinya. Rumah Cikgu Adira selang 12 rumah dari rumahnya dan kini rumah guru yang disayangi itu sudah berada di depannya.
        Setelah dua kali memberi salam, akhirnya pintu terbuka. Apabila pintu terbuka, alangkah terkejutnya dia melihat wajah Cikgu Adira yang sugul dan pucat.
        “Saya datang hendak melawat cikgu. Saya risau memikirkan cikgu,” kata Fatihah, ikhlas. Cikgu Adira tersenyum. Kata-kata anak muridnya itu berjaya menghiburkan hatinya. Setelah dibenarkan masuk, Fatihah masuk ke rumah teres dua tingkat itu.
        “Cikgu tidak berapa sihat. Cikgu berharap sepanjang cikgu tiada, anak-anak murid cikgu tetap tekun belajar,” kata Cikgu Adira. Fatihah mengangguk mendengar kata-kata cikgunya itu.

SOALAN 2
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 
Kehilangan ayahnya meninggalkan kesan dalam hidup Razali. Kini, dia menjalani kehidupan yang amat mencabar sebagai anak yatim. Walau bagaimanapun, dia tetap meneruskan persekolahan kerana itu merupakan amanah arwah ayahnya yang berkehendakkan Razali belajar bersungguh sungguh hingga berjaya.
Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih melalui usaha gigih tanpa mengenal jemu. Razali tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai kejayaan, dia terpaksa berpisah sementara dengan ibu dan tiga orang adiknya. Dia tinggal di Rumah Anak-anak Yatim Semai Bakti. Dia ingin membuktikan bahawa murid miskin mampu mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Hari  demi  hari  Razali  berusaha  gigih  untuk  mencapai  keputusan  yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam pada suatu hari nanti.

SOALAN 3
Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


SUBANG JAYA,6 Mei – Datuk Zawawi Mohd Zain,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah merasmikan Hari Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada petang semalam. Majlis yang dihadiri lebih 600 orang ibu bapa itu bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.
         “Kita menghargai murid-murid yang bersungguh-sungguh belajar sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kita juga menghargai kegigihan murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kejayaan mereka tidak akan tercapai tanpa sokongan guru dan dorongan ibu bapa,” kata Datuk Zawawi ketika merasmikan majlis tersebut.
         Selain upacara penyampaian hadiah, tetamu dihidangkan dengan persembahan kebudayaan daripada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tetamu terhibur melihat kecekapan murid-murid mempersembahkan tarian zapin, inang, dan persembahan koir.


Kelab Bola Sepak

Pemain Bola Sepak 2012

08 April 2012

Program Khidmat Masyarakat

Aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa, guru dan murid -salah satu aktiviti sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Guru bersama murid membersihkan bilik darjah

Guru dan ibu bapa yang terlibat

Satu kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru


Mendengar taklimat Guru Besar

1 Murid 1 Sukan

Murid-murid Tahun Empat, Lima dan Enam adalah diwajibkan menyertai program ini yang diadakan di sekolah pada setiap hari Jumaat. Sila rujuk Setiausaha Sukan dan Guru Kelas masing-masing untuk mengetahui sukan yang disertai.
Bola Jaring

Bola Sepak

Bola jaring


Lokasi Sekolah