Pusat Perkembangan Kurikulum

30 Disember 2010

Lagu TKRS

Kadet Remaja Sekolah
menuju satu ikatan bersaudara
bersatu menjulang keamanan negara
menjayakan ilmu iman dan amal

Marilah kita membina peribadi
membentuk insan yang kreatif
ke arah kecemerlangan diri
sepanjang masa yang berterusan


Remaja sahutlah cabaran
menjadi bangsa Malaysia
maju dan cemerlang
remaja berwawasan
jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja hayati budaya
ilmu iman dan amal
kekalkan di hati dan jiwamu
wawasan Kadet Remaja Sekolah





25 Disember 2010

KATA SENDI NAMA


Kata Sendi
Fungsinya
Digunakan untuk
Ayat Contoh

di
1. Tempat sahaja
1. Mereka mengadakan pementasan drama 
    di dewan orang ramai itu.
2. Duitnya itu disimpan di dalam tabung.
pada
1. Masa
2. Benda abstrak
3. Orang
4. Binatang
5. Benda konkrit tertentu
1. Pada petang kelmarin, hujan turun 
    dengan lebat sekali.
2. Pada pendapat saya, kata-katanya itu ada 
    kebenarannya juga.
3. Telefon bimbit kamu ada pada Dalip.
4. Pada kaki burung itu dipasangkan gelang 
    besi.
5. Cat disapukan pada tiang kayu itu.
ke
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
4. Benda konkrit tak bernyawa
1. Adiknya ke kedai untuk membeli gula
   dan tepung.
2. Mesyuarat persatuan itu ditunda ke bulan
    hadapan.
3. Pelari itu sedang menuju ke hujung 
    padang.
4. Dicampaknya jam tangan itu ke dinding.
kepada
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Binatang
4. Kata ganti nama diri
1. Ayah menerangkan kepada adik tentang 
    penting menghormati orang lain.
2. Mereka amat percaya kepada 
    kepercayaan dan amalan yang karut-
    marut.
3. Adik memberikan sekeping biskut 
   kepada anak burung tiung itu.
4. Salmi menyerahkan kunci rumah iitu
   kepada abangnya.
dari
1. Tempat
2. Masa
3. Arah
1. Samy dari warung Pak Hamid.
2. Dari bulan lepas Zahari bercadang untuk
    bercuti di Langkawi.
3. Lori tangki itu muncul dari selekoh tajam 
    itu.
daripada
1. Orang
2. Benda abstrak
3. Menunjukkan asal kejadian
4. Menunjukkan perbandingan
5. Menunjukkan bahagian
    sesuatu
6. Menunjukkan pertentangan
1. Nathan memperoleh hadiah itu daripada
    tunangnya.
2. Banyak manfaat yang kami peroleh
    daripada kursus kami hadiri itu.
3. Kuih itu dibuat daripada tepung pulut.
4. Separuh daripada anggota-anggota kelab
    itu bersetuju untuk menyertai lawatan ke 
    Pulau Pangkor.
5. Daripada meminta-minta lebih baik 
    berusaha sendiri.

dengan
1. Menunjukkan keterangan cara
2. Menunjukkan sesuatu sebagai 
    alat
3. Menunjukkan perbandingan 
    setara
4. Menunjukkan penyertaan
    bersama
1. Harimau itu mengaum dengan kuat
    sekali.
2. Datuk meraut bilah-bilah buluh itu
    dengan pisau.
3. Pendapatnya sama dengan pendapat para
    perwakilan.
4. Salwani ke Johor Bahru dengan ibunya.

hingga/
sampai
1. Menyatakan maksud had/
    jangka masa tertentu
1. Adik makan mi goreng itu hingga
    kenyang.
2. Mereka menjerit sampai hilang suara.
sebagai
1. Menerangkan maksud umpama
2. Menerangkan maksud menjadi
3. Menerangkan maksud 
    sempena/ bertujuan
1. Dia membotakkan kepalanya sebagai
    menunaikan nazarnya.
2. Sarimah berlakon sebagai pembantu
    rumah.
3.Perbuatannya itu sebagai anjing menyalak 
   bukit.
sejak
1. Menyatakan maksud 
    permulaan
1. Sejak bertunang dengan Amran, Minah
   jarang keluar rumah.
2. Sejak berpindah ke Kajang, Ali tidak 
    pernah pulang ke kampung.

KATA NAMA TERBITAN


Jenis Kata
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan

Kata Nama
menteri, guru, jalan, rumah, kebun, raja, pulau, rakyat, harta, berita, darat
kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, perkebunan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan
Kata Kerja
minum, mati, soal, cuci, didik, pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, baca
minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca
Kata Adjektif
jujur, riang, cantik, besar, suci, kotor, jahat, jahil, mudah, kaya, manis, bulat
kejujuran, keriangan, kecantikan, kebesaran, kesucian, kekotoran, kejahatan, kejahilan, kemudahan, kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan
Kata Sendi Nama
oleh, untuk
perolehan, peruntukan
Kata Hubung
kecuali, serta
kekecualian, penyertaan, peserta

KATA NAMA KHAS


Kata Nama Khas

Contoh
Ayat Contoh
benda
Perodua Kelisa, Colgate, Salem, Mercedes Benz, Nissan Sentra, JVC, Blaufunk, Ray Ban, Polo, Bata, Byford, Utusan Malaysia,
Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok
1  Kakak memakai seluar jean berjenama
    Lee.
2  Radionya jenis Nasional.
3  Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
haiwan
Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa
1 Si Comel manja dengan tuannya.
2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
manusia
Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana
1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam 
    ujiannya.
3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
tempat
Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya
1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal
    selama beberapa hari.
2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
3 Kakitangan pejabat itu melancong ke
    Pulau Bali.

KATA NAMA


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh

benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer baru.


haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.


manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
 

Lokasi Sekolah