Kamus
Dewan
ialah sebuah kamus ekabahasa yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970.Ini adalah merupakan kamus ekabahasa yang
pertama
disusun semenjak Dewan Bahasa dan
Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Kamus yang
mempunyai 28,000 perkataan
ini telah
diulangcetak sebanyak dua
kali iaitu
pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata masukan (entri) dan
cetakan ketiga
pada tahun 1986. Kamus
ini pada asalnya disusun oleh Dr. Teuku
Iskandar dan dibantu oleh Baharuddin Zainal serta para pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala
dalam cetakan kedua penyediaan
manuskripnya telah dibuat oleh Sheikh Othman
Sheikh Salim
dan Aishah Mahdi.
Pada tahun 1989 Dewan
Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dewan Edisi
Baru yang
mana penyediaan manuskripnya sekali
lagi
diketuai oleh Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor dan dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani
dan Ibrahim Ahmad sebagai Editor. Kamus Dewan Edisi Baru telah diterbitkan dengan beberapa
perubahan iaitu
penambahan kira-kira 2,000 kata masukan yang hampir kesemuanya merupakan kata umum, pembaikan dari segi pengolahannya dan
pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata masukan kata dasar, kata terbitan atau
rangkai kata.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula
diterbitkan pada tahun 1994 dengan
tambahan entri sebanyak
6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan
2,028 kata turunan atau kata
terbitan. Semua kata tersebut berupa kata dan ungkapan baru
(baik yang
asli Melayu mahupun yang
dipinjam), kata-kata dialek,
termasuk bahasa sukuan dari Sabah dan Sarawak, istilah
umum dalam pelbagai
bidang ilmu
seperti kewangan, ekologi, perubatan serta
kata
slanga.
Penyusunan Kamus Dewan Edisi
Ketiga ini telah diketuai oleh Hajah Noresah bt Baharom sebagai
Ketua Editor dan
dibantu oleh
para editor yang
terdiri daripada Rusli Abdul Ghani,
Mohd Nor
Abd. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah
Tajuddin Salmah
Jabbar, Mariam bt
Mahmud, Diarani
Mat Adam dan Rahamah Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan