SOALAN 1
Tulis beberapa nilai
atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sudah tiga hari Cikgu Adira tidak datang ke sekolah. Hati
Fatihah tertanya-tanya tentang gurunya itu. Sakitkah dia ? Jika sakit, sakit
apa ? Rasa ingin tahu dan rindu terhadap guru itu berbaur di hatinya. Rumah Cikgu
Adira selang 12 rumah dari rumahnya dan kini rumah guru yang disayangi itu
sudah berada di depannya.
Setelah dua
kali memberi salam, akhirnya pintu terbuka. Apabila pintu terbuka, alangkah
terkejutnya dia melihat wajah Cikgu Adira yang sugul dan pucat.
“Saya datang
hendak melawat cikgu. Saya risau memikirkan cikgu,” kata Fatihah, ikhlas. Cikgu
Adira tersenyum. Kata-kata anak muridnya itu berjaya menghiburkan hatinya.
Setelah dibenarkan masuk, Fatihah masuk ke rumah teres dua tingkat itu.
“Cikgu tidak
berapa sihat. Cikgu berharap sepanjang cikgu tiada, anak-anak murid cikgu tetap
tekun belajar,” kata Cikgu Adira. Fatihah mengangguk mendengar kata-kata
cikgunya itu.
SOALAN 2
Tulis beberapa nilai
atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kehilangan ayahnya meninggalkan
kesan dalam hidup Razali. Kini, dia menjalani kehidupan yang amat mencabar sebagai anak yatim. Walau
bagaimanapun, dia
tetap meneruskan persekolahan kerana itu
merupakan
amanah arwah ayahnya
yang berkehendakkan
Razali belajar bersungguh— sungguh hingga berjaya.
Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih melalui
usaha gigih tanpa mengenal jemu. Razali tidak menjadikan
kemiskinan
sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai kejayaan, dia terpaksa berpisah sementara
dengan
ibu
dan tiga orang adiknya. Dia
tinggal di Rumah Anak-anak Yatim Semai Bakti. Dia ingin membuktikan bahawa murid miskin mampu
mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Hari demi hari Razali
berusaha gigih untuk
mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan
UPSR nanti. Dia tidak
mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad
untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang
peguam pada suatu hari nanti.
SOALAN 3
Tulis beberapa nilai
atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
SUBANG JAYA,6 Mei – Datuk Zawawi Mohd Zain,Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah merasmikan Hari Penyampaian Hadiah
Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada petang semalam. Majlis yang dihadiri
lebih 600 orang ibu bapa itu bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian murid dalam
bidang akademik dan kokurikulum.
“Kita
menghargai murid-murid yang bersungguh-sungguh belajar sehingga mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kita juga menghargai kegigihan
murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kejayaan mereka tidak akan
tercapai tanpa sokongan guru dan dorongan ibu bapa,” kata Datuk Zawawi ketika
merasmikan majlis tersebut.
Selain
upacara penyampaian hadiah, tetamu dihidangkan dengan persembahan kebudayaan
daripada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tetamu terhibur
melihat kecekapan murid-murid mempersembahkan tarian zapin, inang, dan
persembahan koir.