Pusat Perkembangan Kurikulum

19 Julai 2011

Perkhemahan Unit Beruniform

Tarikh 29 dan 30 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Kawasan Sekolah




Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform  sekolah kebangsaan St Joseph(M) Papar.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan masyarakat sejajar dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Latar Belakang

        Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
         
        Pada tahun 2011, dijangkakan sejumlah 147 orang peserta akan menyertai Perkhemahan  Unit Beruniform yang terdiri daripada murid-murid Tahun Empat, Lima dan Enam.

Objektif

1.    Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
2.    Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli  tentang  aspek perkhemahan secara menyeluruh.
3.    Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
4.    Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

15 Julai 2011

Ikatan dan Simpulan

Persiapan pasukan unit beruniform
Buku Sila
Bunga Keti
Ikat Seraya
Lilit Balak
Belit Tali Khemah
Simpul Manuk
Tindih kasih

Kem Bestari Solat


Tarikh : 23 Julai 2011
Tempat : Sk St Joseph(M) Papar

10 Julai 2011

Rukun Negara


Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan kesan penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh kea rah perpaduan dan persefahaman kaum.

Nicol, Azlan pertahan kejuaraan

10/07/2011 7:15pm (kosmo online)

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tidak diberi tentangan sengit apabila dengan mudah mempertahankan gelaran Kejohanan Skuasy kebangsaan 2011 di si ini hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu mengalahkan pemain ranking ke-23 dunia, Delia Arnold, 11-4, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini.
Bagi Nicol, kejohanan itu merupakan ‘pemanas badan’ sebelum beraksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 18 Julai ini.
Katanya, kemenangan dua set pertama memberi kelebihan kepadanya dan beliau berjaya mematahkan usaha Delia untuk bangkit pada set terakhir.
"Delia menampilkan persembahan terbaiknya untuk menentang saya dan saya pasti dia akan lebih yakin dan mantap selepas ini,” kata Nicol selepas perlawanan tersebut.
Dalam saingan lelaki, pemain nombor 10 dunia, Mohd. Azlan Iskandar turut mempertahankan kejuaraan apabila menewaskan Ong Beng Hee (ranking 29 dunia) 11-7, 11-5, 13-11.
Meskipun Ong memberi tentangan hebat pada set ketiga dan berjaya membawa permainan hingga ke kedudukan 11-11, kemenangan akhirnya memihak kepada Mohd. Azlan hasil kesilapan Ong memukul bola di luar gelanggang.
Nicol dan Mohd Azlan masing-masing membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala. — Bernama

Lokasi Sekolah