Pusat Perkembangan Kurikulum

15 Disember 2012

Sejarah Kamus Dewan


Kamus  Dewan  ialah   sebuah kamus ekabahasa yang   telah   diterbitkan oleh Dewan  Bahasa   dan   Pustaka pada  tahun  1970.Ini     adalah  merupakan  kamus ekabahasa yang  pertama disusun semenjak Dewan Bahasa  dan  Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956.  Kamus  yang  mempunyai 28,000 perkataan ini telah  diulangcetak sebanyak dua  kali  iaitu  pada tahun 1984 dengan penambahan 900 kata  masukan (entri)  dan  cetakan ketiga  pada tahun 1986.   Kamus  ini pada asalnya disusun oleh Dr.  Teuku   Iskandar  dan   dibantu  oleh   Baharuddin  Zainal   serta   para   pengawai Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa  dan  Pustaka.  Manakala dalam cetakan kedua penyediaan  manuskripnya  telah   dibuat  oleh   Sheikh   Othman  Sheikh   Salim  dan Aishah Mahdi.


Pada   tahun  1989  Dewan  Bahasa   dan   Pustaka  telah   menerbitkan  Kamus Dewan Edisi  Baru  yang  mana  penyediaan manuskripnya sekali  lagi  diketuai oleh Sheikh Othman Sheikh Salim sebagai Ketua Editor  dan  dibantu oleh Md. Nor Hj. Ab. Ghani  dan  Ibrahim Ahmad sebagai Editor.   Kamus Dewan Edisi Baru telah  diterbitkan dengan beberapa perubahan iaitu  penambahan kira-kira 2,000 kata  masukan yang hampir kesemuanya merupakan kata  umum, pembaikan dari  segi  pengolahannya dan  pembaikan sederhana terhadap beberapa banyak kata  masukan kata  dasar, kata terbitan atau  rangkai kata.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula  diterbitkan pada tahun 1994 dengan tambahan entri sebanyak 6,000 kata masukan iaitu 3,972 kata dasar dan  2,028 kata turunan atau kata  terbitan.  Semua  kata  tersebut berupa kata  dan  ungkapan baru  (baik  yang  asli Melayu mahupun  yang  dipinjam), kata-kata dialek,  termasuk bahasa sukuan dari Sabah  dan  Sarawak, istilah  umum dalam pelbagai bidang ilmu  seperti kewangan, ekologi,  perubatan serta  kata  slanga.  Penyusunan Kamus   Dewan Edisi  Ketiga  ini telah  diketuai oleh  Hajah  Noresah bt  Baharom sebagai Ketua  Editor  dan  dibantu oleh  para  editor yang  terdiri daripada Rusli  Abdul Ghani,  Mohd  Nor  Abd.  Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah  Tajuddin Salmah  Jabbar,  Mariam bt Mahmud, Diarani Mat Adam dan  Rahamah Othman.

Tafsiran Nilai Murni


Tafsiran Nilai Murni:

   BAIK HATI
  -  Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
  -  Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
     membuat sesuatu tindakan)
  -  Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
     memerlukannya)
  -  Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
     memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
  -  Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

   BERDIKARI
  -  Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
     mengharapkan orang lain)
  -  Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
     mencuba)

   HEMAH TINGGI
  -  Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)
  -  Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta 
     sanggup menerima nasihat)
  -  Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

  HORMAT-MENGHORMATI
  -  Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
     (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
     layanan yang baik)
  -  Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan        
     serta lambang-lambang kebesaran negeri)
  -  Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati              
     kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
  -  Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
     ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
  -  Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
     dengan berfaedah)

  KASIH SAYANG
  -  Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
  -  Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora dan
     fauna untuk kesejahteraan hidup)

  KEADILAN
  -  Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
  -  Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
     ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)



  KEBEBASAN
  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
     undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
     masyarakat, negara dan agama

  KEBERANIAN
  -  Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
     mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
     yang akan dihadapi)
  -  Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
     sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  -  Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
     untuk hidup sihat)
  -  Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
     bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
  -  Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
     diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

 KEJUJURAN
  -  Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
     dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
  -  Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
     atau berselindung)
  -  Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)      

  KERAJINAN
  -  Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
     inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
  -  Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
     yang berfaedah)

  KERJASAMA
  -  Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
     sukarela)
  -  Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
     berlakunya perselisihan)
  -  Perpaduan  (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
     masyarakat, negara dan antarabangsa)

  KESEDERHANAAN
  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
     tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
     kemarahan orang lain)
  -  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan       
     orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
     sendiri dan orang lain)


  KESYUKURAN
  -  Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
     penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

  PATRIOTISME
  -  Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
     keselamatan, nama baik negara)

  RASIONAL
  -  Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
     perkara sebelum membuat keputusan)

  SEMANGAT BERMASYARAKAT
  -  Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
     pekerjaan bagi kepentingan bersama)
  -  Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
     dengan jiran tetangga)
  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
     masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)         

Lokasi Sekolah