Kata
Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada
benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan
kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :
·
Hidup atau tak hidup
·
Manusia atau bukan manusia
·
Institusi atau bukan institusi
·
Konkrit atau abstrak
·
Berbilang atau tak berbilang
Asraf
(2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
·
Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan
·
Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup,
iaitu benda, tempat dan sebagainya.
Bagi
tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
·
Hidup (manusia dan bukan manusia)
·
Tak hidup ( Institusi, bukan institusi,
konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)
Kata nama am
|
Contoh
|
Kata nama am hidup
|
· Orang-orang Melayu
· Pahlawan
· Bangsa
· Manusia
· Raja-raja
· Bendahara
· Paduka Raja
· Termengung
· Laksamana
· Syahbandar
· Mandulika
· Dayang
· Puteri
· Anak
· Putera
· Cucu
· Rakan
· Pengarang
· Sultan
|
Kata nama am tak hidup
|
· Bilik darjah
· Dewan kuliah
· Seminar
· Wilayah
· Kaum
· Buku
· Agama
· Istana
· Bahasa
|
Kata
Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama
sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi
kepada tiga :
·
Kata nama khas hidup manusia
·
Kata nama khas hidup bukan manusia
·
Kata nama khas tak hidup
Kata nama khas
|
Contoh
|
Kata Nama Khas Hidup Manusia.
|
·
Hang
Tuah
·
Hang
Jebat
·
Hang
Lekir
·
Hang
Kasturi
·
Hang
Lekiu
·
Robin
Hood
·
Mohd
Yunus Ibrahim
·
W.G.
Shellabear
·
Tun
Pepatih Putih
·
Sultan
Mansur Shah
·
Puteri
Hang Li Po
·
Paduka
Mamat
·
Ong
Hak Ching
·
Hang
Too Ah
·
Hang
Jee Fatt
·
Hang
Lee Kiew
·
Hang
Lee Ker
·
Biduanda
Cina
·
Sultan
Melaka
|
Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
|
·
(tiada
dalam teks)
|
Kata Nama Khas Tidak Hidup.
|
·
Bukit
Cina
·
Jabatan
Sejarah UKM
·
Sejarah
Melayu
·
Malaya
Publishing
·
China
·
Loghat
Cina
·
Melayu
·
Loghat
bahasa Melayu
·
Islam
·
Hikayat
Hang Tuah
|
Kata
Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada :
i)
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama
yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua
kata ganti nama tunjuk, iaitu itu
untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini
untuk menunjuk pada yang dekat.
ii)
Kata ganti nama diri ialah kata nama yang
menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri
terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
·
Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang
berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata
ganti nama diri tanya, iaitu siapa
yang merujuk orang, apa yang merujuk
benda atau perkara, dan mana yang
merujuk benda dan orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan