Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan,
iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata kata dasar. Imbuhan terdiri daripada kata nama, kata
kerja dan sebagainya. Contoh kata terbitan ialah kajian, pemandangan, gemilang,
bersatu, menangis, mempersoalkan, kemenangan dan pemenang.
Kata Majmuk
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit
dan kebanyakkannya dieja berpisah.
Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata
dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh
melibatkan seluruh kata dasar, sebagahian kata dasar atau digandakankan sedara
berima. Pengulangan seluruh kata dasar disebut penggandaan penuh, pengulangan
sebahagian kata dasar disebut penggandaan separa manakala pengulangan kata
dasar yang berirama disebut penggandaan berentak.
Bentuk-bentuk kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, tidak boleh
ditukar ganti penggunaannya dalam sesutau struktur ayat. Terdapat tiga proses pembentukan kata yang
utama dalam bahasa Melayu. Proses
–proses yang dimaksudkan itu ialah proses pengimbuhan, proses pemajmukan dan
proses penggandaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan