oleh Mohd Radzi Syamsuar (Ketua Pelajar)
Yang berusaha Puan Christina D Kari , Guru Besar SK St
Joseph Papar, Yang dihormati, PK Kurikulum, Encik Chong Pin Sun, PK Hal Ehwal
Murid, Puan Darmata Hj Matlan, PK Kokurikulum Puan Lasminah Hj Lamin , Penyelia
Petang, Puan Suina Sundongi, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para
pelajar yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana
dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan
yang telah berusaha keras, mengerah kudrat,memerah keingat dalam usaha
menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita
sayangi.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran
ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan
berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua .Seorang guru bolehlah
dianggap adalah seorang jurutera sosial
kerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang
berpengetahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia.Justeru, sesuailah pemilihan
tema pada tahun ini iaitu, “ Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda”
Rakan-rakan sekalian,
Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti
dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita
yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka
dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang
berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh
dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat
dalam hati selagi hayat dikandung badan.
Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu.
Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru
semua.
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga
pendidik. Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru,
tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus
memperjuangkan dan meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat
meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita.
Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar sekolah kita terus cemerlang dan lebih
gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan
yang berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu
tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni
ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan
memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya
membacakan beberapa bait kata daripada
sajak nukilan Usman Awang.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
“Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn ....
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
“Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn ....
“Guru yang suka mengajar ....akan melahirkan murid
yang suka belajar”
Akhir kata
daripada saya, “Terima kasih cikgu! “
Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan