Perumpamaan
|
Makna
|
Contoh ayat
|
Bagai
air titik ke batu
|
Nasihat dan ajaran akan menjadi
sia-sia jika deberikan kepada orang yang degil
|
Ayah sering menasihati Amran supaya
belajar dengan bersungguh-sungguh. Namun nasihat ayah itu bagai air titik ke
batu kerana dia seorang yang degil.
|
Bagai
anjing buruk kepala
|
Seseorang yang jahat dan dibenci oleh
masyarakat.
|
Kassim dianggap bagai anjing buruk
kepala oleh penduduk kampung kerana dia merupakan beklas penagih dadah.
|
Bagai
aur dengan tebing
|
Hidup tolong-menolong
|
Penduduk di Taman Sepakat bagai aur
dengan tebing. Mereka bergotong royong ketika mengadakan majlis perkahwinan.
|
Bagai
ayam dibawa ke kepuk
|
Mendapat keuntungan atau kesenangan
tanpa perlu berusaha.
|
Dalam majlis cabutan bertuah itu, Zaki
bagai ayam dibawa ke kepuk kerana mendapat sebuah kereta.
|
Bagai
ayam dimakan tungau
|
Wajah yang pucat dan badan yang kurus
kerana mengidap penyakit.
|
Sejak menghidap penyakit batuk kering
itu, tubuh Rozana bagai ayam dimakan tungau.
|
Bagai
ayam disambar helang
|
Seseorang yang hilang atau mati dengan
tiba-tiba
|
Kematian Hafis yang bagai ayam
disambar helang menyebabkan raka-rakannya terkejut.
|
Bagai
ayam mengeram telur
|
Muka menjadi kemerah-merahan
|
Wajah Rosnah kemerah-merahan bagai
ayam mengeram telur apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
|
Bagai
balak terendam
|
Orang gemuk yang malas bergerak
|
Amin yang berbadan gemuk itu bagai
balak terendam. Dia sering menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
|
Bagai
beliung dengan asahan
|
Tidak pernah berpisah
|
Pak Kudin dan isterinya bagai beliung
dengan asahan. Mereka sentiasa bersama-sama walau ke mana-mana mereka pergi.
|
Bagai
bertepuk sebelah tangan
|
Kasih dan cinta yang tidak berbalas
|
Norihan berasa amat kecewa kerana
cintanya terhadap Zakiah bagai bertepuk sebelah tangan.
|
Bagai
berumah di tepi tebing
|
Berada dalam keadaan bimbang
|
Pendatang asing yang datang ke
Malaysia tanmpa permit yang sah bagai berumah di tepi tebing apabila melihat
anggota polis.
|
Bagai
bulan dipagar bintang
|
Kecantikan gadis yang tiada
tandingannya.
|
Kecantikan Noni bagai bulan dipagar
bintang, tambahan pula apabila dia memakai baju kurung.
|
Bagai
bulan jatuh ke riba
|
Mendapat keuntungan yang besar
|
Wahid mendapat keuntungan yang besar
hasil jualan ikan-ikan ternakannya, bak kata pepatah bagai bulan jatuh ke
riba.
|
Bagai
buluh ditarikh songsang
|
Sesuatu pekerjaan akan menjadi susah
jika tidak mengikut peraturan.
|
“longgarkan dan buka skru dahulu,
kemudian barulah tanggalkan tayar kereta ini. Jangan bagai buluh ditarik
songsang,”kata Abang Mat kepada pekerja baharunya.
|
Bagai
bunyi perian pecah
|
Suara yang tidak merdu
|
Suria gagal memenangi pertandingan
nyanyian itu kerana suaranya bagai bunyi perian pecah.
|
Bagai
cendawan tumbuh
|
Terlalu banyak pada sesuatu masa
|
Banyak gerai kuih ke tepi jalan
apabila tiba bulan Ramadan bagai cendawan tumbuh.
|
Bagai
cicak makan kapur
|
Seseorang yang mendapat malu kerana
kesalahan sendiri.
|
Pemain bola sepak itu bagai cicak
makan kapur apabila dia digugurkan daripada senarai pemain kerana menerima
rasuah.
|
Bagai
dakwat dengan kertas.
|
Perhubungan yang sangat rapat.
|
Hubungan Azhan dengan Mamat bagai
dakwat dengan kertas. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa
bersama.
|
Bagai
denai gajah lalu
|
Perkara atau rahsia yang tidak dapat
disembunyikan
|
Berita penangkapan Pak Nasir yang
terlibat dengan penyeludupan rokok itu telah tersebar luas di seluruh negara.
Usahanya menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan penduduk gagal, bagai
denai gajah lalu.
|
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH(M) PAPAR
▼
24 Disember 2012
Perumpamaan Melayu
Cikgu Bakri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan