Ayat Penyata
Ayat
penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan
sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat ini diujarkan dengan maksud membuat
penyataan. Oleh itu, ayat ini biasanya
diujarkan dengan intonansi yang sedarhana dan diakhiri dengan nada penutup
turun. Ayat ini juga disebut ayat berita
atau ayat keterangan. Bentuk asas ayat
penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Subjek ialah unsur yang
hadir pada bahagian awal ayat manakala predikat pula ialah unsur yang hadir
selepas subjek . Struktur bentuk ayat penyata boleh terdiri daripada ayat
tunggal atau ayat majmuk
Contoh
Ayat
1.
Mereka mengadakan majlis pelancaran dan penutupan.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan
seseorang, sesuatu perkara atau benda. Intonansi ayat tanya berbeza daripada
ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menaik. Namun ada juga dalam kalangan penutur yang
mengujarkan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan untuk menanykan soalan atau
mendapatkan respon daripada pendengar.
Dalam bahasa tulisan , ayat digambarkan melalui penggunaan tanda tanya
pada akhir ayat.
Contoh
Ayat
1.
Semua pelajar ada di dalam kelas?
Ayat Perintah
Ayat
perintah diucapkan untuk memberi tujuan untuk memberi arahan atau untuk tujuan
menimbulkan suatu tindakan. Ayat
perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau
permintaan, bergantung pada jenis perkataan (perintah) yang digunakan.
Contoh
ayat
►
Siapkan kerja itu segera. ( suruhan)
►jangan
berludah di sini. (larangan )
►Sila
buat lapotan di balai polis. (silaan)
►Tolong
tutup pintu itu. ( permintaan)
Ayat Seruan
Ayat seruan diucapkan secara bernada seru untuk
menyatakan sesuatu keadaan perasaan, seperti marah, takut, geram, takjub, dan
sebagainya. Biasanya , dalam tulisan,
ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!).
Contoh
ayat
►
Oh, Tuhanku!
►
Amboi, garangnya!
►
Cis, berani kamu mengganggu dia!
RAGAM AYAT
Satu
lagi perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan
kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif
dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat.
Ayat aktif
Ayat
aktif adalah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya di awal ayat dan kata
kerjanya pula memakai imbuhan-imbuhan yang menunjukkan kata kerja aktif seperti
“me-“,’ber-“, “ ter-“, “-kan”, dan lain-lain. Dalam ayat –ayat aktif jelas
dapat dilihat subjek melakukan sesuatu perbuatan.
Contoh:
- Adik
menangis.
- Guru
mengajar.
- Ibu
saya sedang menyanyi.
Ayat
aktif terbahagi kepada dua, iaitu
i.
Aktif transitif . Ayat aktif
transitif adalah ayat transitif yang mempunyai pemyambut atau objek.
Contoh:
- Kumbang
penyeri bunga.
- Emak
membeli sayur.
- Malaysia
mengeksport kayu balak ke luar
negeri.
“bunga”, “sayur” dan “ kayu balak” adalah penyambut
bagi ayat-ayat di atas. Pemyambut atau objek seperti ini dinamakan penyambut
atau objek langsung.
Selain
itu, ayat aktif transitif boleh juga terdiri daripada ayat yang mempunyai
penyambut tak lansung.
Contoh:
- Saya
membeli baju untuk bapa.
- Dia
membuat kopi untuk ayahnya.
- Tharmizi
melukis potret untuk gurunya.
“bapa”,
“ayahnya” dan “gurunya” adalah penyambut tak lansung bagi ayat-ayat di
atas. Penyambut tak langsung adalah
penyambut yang menerima faedah dari perbuatan yang dilakukan oleh subjek.
ii.
Ayat aktif tak transitif. Ayat aktif tak transitif adalah ayat-ayat
yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut. Sebagaimana ayat
aktif transitif, ayat aktif tak transitif boleh memakai imbuhan –imbuhan “me-“,
“ber-“,”ter-“ dan sebagainya.
Contoh
:
- Abang
bercukur setiap hari.
- Dia
jatuh ke dalam longkang semasa bermain.
- Mereka
mandi sambil berenang di sungai itu.
Ayat pasif
Ayat
pasif adalah ayat-ayat yang kata kerjanya memakai imbuhan pasif seperti “di-“,
“ke-an” dan ‘ter”. Ayat pasif biasanya meletakkan objek di awal ayat, diikuti
oleh perbuatan dan diakhiri oleh subjek.
Biasanya perkataan “oleh” digunakan selepas perbuatan.
Contoh:
- Ikan
dimakan kucing.
- Adik
digigit anjing.
- Penonton
terpikat oleh pertunjukan itu.
Adakalanya
kata kerja dalam ayat-ayat pasif kadang-kadang tidak memakai imbuhan tetapi
objeknya masih diletakkan di awal ayat.
Contoh;
- Ikan
kucing makan.
- Baju
ibu basuh.
Selain
itu, terdapat juga ayat-ayat pasif yang pelakunya tidak disebutkan.
Contoh:
- Baju
sudah berjahit.
- Pintu
telah terbuka.
- Pencuri
telah tertangkap.
Ayat positif
atau ayat isbat adalah ayat yang mengandungi maksud “ya “ dan biasanya ayat ini
memakai kata-kata penegas seperti “benar”, “ya”, “sungguh”, “betul” dan
sebagainya dan juga partikel “-lah”.
Contoh:
- Ya,
saya yang menulis buku itu.
- Benar,
ayah yang melarang saya.
- Dialah
yang mengirim surat itu.
Ayat
negetif atau ayat nafi adalah ayat yang berupa kebalikan ( tranfomasi) dari
ayat positif. Ayat ini mengandungi
maksud “menafikan atau menidakkan sesuatu” dan biasanya menggunakan kata-kata
nafi seperti “bukan” dan “tidak”.
Contoh:
- Bukan
saya yang menulis buku itu.
- Bukan
ayah yang melarang saya.
- Bukan
dia yang mengirim surat itu.
Klausa
Klausa
merupakan unsur terbesar di dalam ayat dan ianya mempunyai subjek dan
predikat. Istilah tradisional bagi
klausa adalah ayat besar dan ayat kecil ( klausa bebas bagi ayat besar
sementara klausa tak bebas bagi ayat kecil). Dalam ayat “ Adik dilarang bermain
di kolam kerana ditakuti jatuh”, terdapat dua klausa iaitu “ Adik dilarang
bermain di kolam”,dan “ kerana ditakuti jatuh”,. Di dalam kedua-dua klausa itu terdapat subjek
dan predikat. Di dalam klausa “ Adik
dilarang bermain di kolam”, subjeknya ialah “adik” dan predikatnya ialah
“dilarang bermain di kolam” sementara di dalam klausa” kerana ditakuti jatuh”,
subjeknya ialah “adik” ( tetapi di dalam ayat seperti ini, subjeknya tidak
diulang), predikatnya pula ialah “ditakuti jatuh”.
Klausa terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa
tak bebas. Klausa bebas ialah klausa
yang boleh berdiri dengan sendiri dan tarafnya sama dengan ayat. Kalau ia berdiri sendiri ( bukan
merupakan sebahagian dari ayat) maka ia
disebut ayat sempurna.
Contoh Klausa bebas
1. Dia tidak dapat menjawab
soalan dengan baik kerana tidak bersedia.
2. Kami bekerja siang malam untuk
menambahkan pendapatan.
Klausa Tak bebas pula adalah klausa yang
tidak boleh berdiri dengan sendiri kerana ia merupakan ayat yang amat erat hubungannya
dengan klausa bebas. Tugasnya adalah
sebagai penerang kepada klausa bebas.
Contoh Ayat
1. Ayah
membeli kuih untuk berbuka puasa.
2. Saya
memberi wang kepadanya sebagai hadiah
hari jadi.
Jenis –jenis klausa pula terdiri
daripada klausa Namaan,klausa sifatan dan
klausa keterangan.
i.
Klausa Namaan ialah klausa
yang boleh berfungsi sebagai nama di dalam ayat.
Contoh:
a. Saya
tidak pasti apakah nama binatang itu?
b. Ibu
menjahit baju sekolah adik?
ii.
Klausa Sifatan pula ialah klausa yang berperanan sebagai
keterangan kepada subjek dan predikat.
Contoh
a. Dia
orang yang paling agung pada zaman ini.
b. Anak
guru besar sekolah saya, amat cerdik dan
rajin
iii.
Klausa Keterangan merupakan
klausa yang menerangkan tentang subjek atau predikat. Ia dapat dipecahkan
kepada
a. Keterangan
waktu
Contoh : Dia menangis
sejak pagi tadi.
b. Keterangan
Tempat
Contoh : Ibu
menyimpan wang di dalam laci.
c. Keterangan
Syarat
Contoh: Kami akan
mencalonkannya sebagai ketua kami kalau
tidak ada calon lain yang layak.
d. Keterangan
Sebab
Contoh : Dia
mengerang kerana kesakitan
e. Keterangan
Kesungguhan
Contoh : Mereka
ketawa juga walaupun telah dimarahi oleh
guru.
f. Keterangan
Asal
Contoh : Mereka
membuat roti dari tepung beras.
g. Keterangan
Perbandingan
Contoh : Rumah yang
baharu itu sebesar dan seindah istana
raja.
h. Keterangan
Tujuan
Contoh : Dia tidak
berminat langsung untuk melanjutkan
pelajarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan